Selalunya anak-anak muda zaman sekarang yang gemar mengambil gambar dan memuatnaik di akaun laman sosial mereka untuk kenangan. Ada yang suka mengambil gambar diri sendiri, pemandangan, swafoto, aktiviti seharian dan macam-macam lagi.

Mereka juga tidak segan silu untuk mengambil gambar di hadapan orang ramai dan rata-rata menganggap ianya normal untuk sebuah gambar yang cantik.

BACA: Lagu Jepun Nyanyian Nenek Comel Tarik Perhatian

Seorang nenek, Kimiko Nishimoto, 89 tahun, berasal dari Jepun meminati bidang fotografi sejak berusia 72 tahun. Dah lama juga nenek ini belajar kemahiran mengambil gambar.

Pada mulanya, anak kepada nenek comel itu membuat kelas fotografi untuk jurugambar beginner dan dia turut mengikuti kelas itu kerana mempunyai masa lapang.

Oleh itu, gambar-gambar dirinya sentiasa mencuit hati orang ramai kerana dia suka mempamerkan aksi lucu di samping pandai menyunting gambar.

Tanpa disedari, Kimiko jatuh cinta dengan dunia fotografi dan mula mengambil gambar dirinya sambil membuat aksi lucu.

Bahkan, dia pernah mengadakan pameran solo gambar-gambar miliknya selepas 10 tahun menceburi bidang itu di muzium tempatan berhampiran Kumamoto. Dahsyat betul!

Malah, tak lama lagi dia akan mengadakan pameran bertajuk “Asobakane” (jom bermain) di galeri gambar Tokyo Epson.

Ia akan diadakan di antara 15 Disember 2017 dan 18 Januari 2018 dan penonton dapat melihat gambar-gambar yang belum pernah ditunjukkan kepada orang ramai. Cayalah nenek!

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Keistimewaan Kopi Cap Halimah
Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Unboxing iPhone X And Giveaway?