Ramai yang sanggup buat perkara yang tidak masuk akal semata-mata hanya untuk sekeping gambar. Malah, ada yang tak fikirkan keselamatan mereka asalkan dapat mengambil gambar di tempat yang “rare”.

Seorang lelaki dengan beraninya memanjat pencawang elektrik di Bangsar kerana mahu mengambil gambar swafoto sempena hari jadinya, semalam.

BACA: Papan Tanda IPOH ‘Diceroboh’ Lagi

Pada mulanya, orang ramai menyangka lelaki tidak dikenali itu mahu membunuh diri dengan memanjat pencawang elektrik berdekatan Menara TM dan Hotel Pullman pada pukul 5.29 petang semalam.

Rupa-rupanya lelaki itu hanya mahu mengambil gambar dirinya berada di atas pencawang elektrik sempena hari jadinya yang ke 26 tahun. Beraninya bang!

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata pihak mereka menerima panggilan awam mengenai kejadian tersebut dan bergegas ke sana bersama lapan anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit turun dari pencawang elektrik itu selepas mendengar nasihat anggota polis dan pihak bomba membuat persediaan dilokasi bagi memantau sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini,” jelasnya.

“Siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 26 tahun itu memanjat pencawang elektrik adalah untuk mengambil gambar swafoto sempena sambutan hari lahirnya, hari ini,” ujarnya.

Lelaki berkenaan bernasib baik kerana tak mengalami sebarang kecederaan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Harap lelaki itu tak membuat aksi berbahaya seperti itu semasa hari lahirnya pada tahun depan. Ingatlah orang yang tersayang sebelum melakukan apa-apa perbuatan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Bukan Mahu Bunuh Diri, Salah Teknik Terjerut Leher Sendiri
Gagal Matematik, Budak 12 Tahun Bunuh Diri

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nak Menangis Makan Mee Cincai Pedas Arwah!