Beli Iphone 6 Tapi Dapat Kentang
Memang ramai yang mengimpikan untuk memakan telefon pintar berjenama Apple iaitu iPhone lebih-lebih lagi dengan keluaran terbaru jenama tersebut yang menjadi topik hangat seluruh dunia.
Satu kejadian di luar negara berlaku apabila seorang wanita terkejut mendapat iPhone ‘kentang’ ketika dia membeli sebuah telefon pintar iPhone 6 daripada seorang lelaki.
BACA: Sanggup Jual Dara Demi iPhone 8
Wanita yang tidak diketahui identiti itu mengatakan dia ditipu semasa jualan Black Friday dan mengalami kerugian sebanyak AS$100.
Menurutnya, lelaki itu menawarkan jualan pelbagai barang seperti baju, kasut, jam tangan, dompet, DVD, CD, telefon bimbit dan juga komputer riba.
“Saya tanya kepada lelaki itu mengenai iPhone 6 dan dia kata ada. Dia akan jual kepada saya pada harga AS$100,” katanya.
Bahkan, lelaki itu juga memberitahu telah membayarkan bil pertama dan mengaktifkan telefon tersebut.
Dia juga meminta lelaki itu menghubungi telefon untuk mengetahui sama ada ia betul-betul berfungsi dan ternyata telefon tersebut berbunyi.
Namun selepas wanita berkenaan membayar telefon itu dan membawanya pulang, dia terkejut mendapati tiada iPhone 6 yang dilihatnya sebelum ini dan kotak iPhone itu hanya dipenuhi dengan ubi kentang serta wayar pengecas telefon.
Kotak itu berat dan sebaik sahaja sampai di rumah, saya buka kotak tersebut dan ia dipenuhi 11 potongan kecil ubi kentang,” jelasnya dalam nada kecewa.
ARTIKEL BERKAITAN:
Di China, Musang King Hampir Sama Popular Dengan iPhone X
iPhone 8 Baru Lancar, Dah Ada Yang Beratur
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Itu Teh Beng Jebok Madu (100% Madu Asli 🔥🔥🔥)
- SUMBER
- MSTAR