Mempunyai badan kurus merupakan idaman semua orang tetapi tak tahu di mana mahu bermula. Kini semakin ramai yang mengamalkan makan secara sihat dan tak kurang juga berkongsi tips bagaimana untuk turunkan berat badan secara semulajadi yang mereka lakukan bak kata pepatah, sharing is caring.

BACA: Turun 67Kg Tak Sampai Setahun, Wanita Ini Kongsikan Tips Berkesan Untuk Kurus

Seorang gadis cantik manis, Asyiqin Khairi atau mesra dipanggil Ekin berkongsi cara bagaimana dia mampu hilang sebanyak 25 kilogram (kg) dalam masa empat bulan di laman sosial Instagram dan Twitter.

Menurutnya, dia mengamalkan minum air masak sebanyak 4-5 liter dan berpantang minum air manis. Selain itu, dia juga tak makan makanan bergoreng, roti, nasi mahupun makanan segera.

Dia hanya makan buah, sayur, kacang, telur dan yogurt kosong rendah lemak serta mengamalkan sedikit senaman sekurang-kurangnya sejam sehari.

Selepas dia berjaya menurunkan berat 10kg, Ekin mula mengambil nasi ketika makan tetapi hanyalah segenggam nasi.

Sumber dari twitter.com/cikinkhairi

Di samping itu, Ekin juga berpesan bahawa disiplin haruslah dijaga jika mahu berat badan turun secara konsisten.

Mungkin anda boleh cuba tips diberikan oleh Ekin jika mahu menurunkan berat badan secara semulajadi. Apa yang penting, anda kena bersemangat dan berdisiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan
Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 32Kg

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas