Walaupun ada perasaan takut untuk melaluinya, tapi timbul juga perasaan ingin menggunakan laluan jambatan jalan raya tertinggi Malaysia iaitu Rawang Bypass.

Untuk pengetahuan anda, jalan pintas sepanjang sembilan kilometer itu boleh digunakan bermula seawal enam pagi hari ini.

BACA: Rawang Bypass Lebuhraya Paling Gayat Di Malaysia

Sumber dari paultan.org

Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata keunikan jambatan itu terletak pada pembinaan struktur tiang kerana jambatan Rawang Bypass diiktiraf sebagai tertinggi di Malaysia.

Sumber dari paultan.org

Dapat la merasa pengalaman membelah kabus di pagi hari jika anda menggunakan laluan itu pada awal pagi.

Sumber dari paultan.org

“Pemandu turut berpeluang menikmati permandangan panorama yang cantik di sekitar Rawang,” tambahnya.

Projek jalan pintas Rawang setinggi 58.2 meter itu menelan kos sebanyak RM628 juta kerana menggunakan teknologi dari Eropah.

ARTIKEL BERKAITAN:
Miliki 140 Ijazah, Lelaki Ini Lupa Jalan Pulang
Menteri: Tahun 2020 Tiada Warung Tepi Jalan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Bro Pian Yang Awesome” | Mail Time #3