Mangsa Banjir Muak Makan Ayam, Rindu Budu
Budu adalah sangat sinonim dengan masyarakat pantai timur terutamanya di Kelantan bahkan ia menjadi hidangan pembuka selera apabila setiap kali waktu makan tak kisah sama ada sarapan, makan tengah hari ataupun waktu makan malam. Namun banjir di beberapa tempat di Kelantan membuatkan mangsa banjir di pusat pengumpulan disajikan dengan menu yang sama untuk beberapa hari.
BACA: 15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Menurut laporan Astro Awani di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 2 terdapat beberapa orang mangsa banjir sudah berasa jemu apabila setiap hari menjamah menu berasaskan ayam untuk tiga kali sehari.
“Saya muak dihidangkan dengan menu ayam setiap hari selama empat hari berada di sini hingga saya rasa seperti ayam,” ujar Fatimah Mat Noh 69, kepada pemberita.
Sebagai warga emas, Fatimah merindui lauk pauk ringkas seperti ikan kering dan juga budu dan beberapa orang mangsa banjir yang lain turut mengharapkan perkara yang sama.
Ketua tukang masak pusat pemindahan tersebut, Jamaliah Ibrahim turut mengakui menerima aduan dan pemintaan daripada mangsa banjir tentang rasa jemu mereka itu.
Setiap hari Jamaliah akan memasak lebih 100 kilogram ayam dan 80 kilogram beras untuk mangsa seramai 1,200 orang tersebut.
Dalam masa yang sama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup mengakui pihaknya tidak dapat menyediakan menu ikan kerana ketiadaan bekalan buat masa ini.
- SUMBER
- Astro Awani