Nasi Lemak Semakin Diminati Di Korea Selatan
Kita pasti akan berdepan cabaran mencari makanan halal ketika melancong ke luar negara lebih-lebih lagi jika negara tersebut mempunyai bilangan penduduk beragama Islam yang sedikit.
Disebabkan itu, seorang anak muda dari Malaysia bersama rakannya membuat keputusan untuk membuka gerai nasi lemak di Itaewon, Seoul, Korea Selatan.
BACA: Nasi Lemak 80 Sen Masih Wujud
Pemuda berasal dari Penampang, Sabah, Duzy Noramzamnas Abdul Aziz, 29 tahun, berkata dia selalu berjumpa rakyat Malaysia yang mengeluh kerana kesukaran mencari makanan halal di Seoul, Korea Selatan.
Bagi menyelesaikan masalah itu, Duzy mendapat idea untuk menjual nasi lemak di sana seterusnya membantu menyelesaikan masalah kesukaran mencari makanan halal.
Menurutnya, oleh kerana rakyat Malaysia amat menggemari nasi lemak dan sedap dimakan bila-bila masa membuatkan dia mahu menjual nasi lemak yang pada awalnya hanya dijual dalam talian sebelum membuka gerai bersama rakannya yang berasal dari Korea.
Pada mulanya, dia mensasarkan pelanggan dari Malaysia seperti pekerja, pelajar dan pelancong tetapi kini dia mempunyai pelanggan berasal dari pelbagai negara termasuk rakyat Korea.
Duzy menjual nasi lemak di gerainya yang bernama Nasi Lemak Berlauk Panas berharga 5,000 won atau kira-kira RM19.
“Untuk sambal lebih, telur, nasi atau tambahan lain, seperti sotong, kerang dan ayam, anda perlu menambah 500 won hingga 4,000 won,” tambahnya.
Selain itu, dia juga menerangkan bahawa semua bahan untuk membuat nasi lemak mudah didapati di Pasar Noryangjin dan foreigners’ street.
Selain menjual nasi lemak, Duzy juga menawarkan khidmat pemandu pelancong kepada rakyat Malaysia yang mahu melancong ke Korea Selatan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Nasi Lemak Lobster Gegarkan Singapura
3 Perkara Menarik Tentang Nasi Lemak Hello Kitty
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
“Bro Pian Yang Awesome” | Mail Time #3
- SUMBER
- NEW STRAITS TIMES