Sampai Kena Potong Dinding
Banyak masalah timbul terutama dari segi kesihatan jika kita memiliki badan besar. Ada yang sudah pasrah memiliki badan sebegitu dan ada juga yang masih ada kesedaran untuk mengubah nasib dengan bersenam, jaga pemakanan dan sebagainya.
Seorang wanita di Thailand memiliki badan besar hinggakan dia tidak melepasi pintu rumahnya dan pihak kakitangan perubatan terpaksa memotong dinding rumah bagi mengeluarkannya.
BACA: Ditinggalkan Di Mamak Sebab Gemuk
Rattanaporn Polthep, 25 tahun, berasal dari Klong Toey, Thailand dan memiliki berat 150 kilogram dibawa ke hospital bagi merawat luka di bahagian belakang badannya.
Oleh kerana dia tidak dapat bergerak dan hanya terlantar di katil, ahli keluarga Rattanaporn tak dapat merawat lukanya kerana mereka tidak larat untuk mengalihkan badannya.
Pihak kakitangan perubatan mengalami kesukaran untuk mengeluarkannya daripada rumah serta terpaksa memotong dinding rumah bagi membawa Rattanaporn ke hospital.
Malah, stretcher yang digunakan untuk membawanya ke ambulans tak dapat menampun beratnya dan mereka terpaksa mengangkatnya secara bergilir hingga ke ambulans yang jaraknya sejauh 800 meter dari pondok rumah Rattanaporn.
Menurutnya, punca berat badannya naik adalah kerana dahulu dia menggemari manisan dan pencuci mulut sejak dua tahun lalu.
Pada Oktober lepas, dia tak mampu untuk berjalan selepas jatuh dan sejak itu dia mencuba untuk berjalan tetapi tak berjaya.
Pakar bedah, Dr Thaweesak Phuriwetkhunakorn, berkata dia akan melakukan imbasan bagi melihat jika ada sebarang kecederaan di bahagian kaki Rattanaporn.
Selain itu, wanita itu turut disahkan menghidap penyakit jantung serta darah tinggi. Rattanaporn juga akan diajar tabiat makan baru untuk mengurangkan berat badannya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pelajar Malaysia Berat Badan Terlebih
Umur Baru 10 Bulan, Berat Cecah 28KG
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!
- SUMBER
- MSTAR