MAS Tawar Diskaun Bermula Hari Ini
Sepanjang musim cuti sekolah yang sedang berlangsung ini pasti ramai ibu bapa yang mahu menghabiskan masa bersama anak-anak dan ada yang mengambil peluang ini untuk pergi bercuti bersama keluarga.
Kini ibu bapa di luar sana boleh merebut peluang untuk membawa keluarga melancong kerana pihak Malaysia Airlines Bhd ada menawarkan diskaun sehingga 30 peratus.
BACA: AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk
Pihak MAB menawarkan diskaun tersebut untuk tambang perjalanan kelas ekonomi ke destinasi terpilih bagi promosi ‘Malaysia Airlines Double 12′ (12.12) yang bermula pada hari ini hingga 15 Disember.
Menurutnya, promosi empat hari itu sah untuk perjalanan bermula 19 Disember 2017 hinggga 31 Ogos 2018. Sesiapa yang merancang untuk bercuti tahun depan juga boleh melihat promosi ini.
“Pelanggan juga boleh memilih pelbagai destinasi, termasuk Beijing dengan tambang serendah RM1,029, Nanjing bermula RM1,069, Xiamen daripada RM1,149, dan Haikou serendah RM1,169,” jelas pihak MAB.
Malah, Malaysia Airlines turut menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong serendah RM569, dan Taipei bermula dari RM839.
Untuk pengetahuan anda, tambang kelas ekonomi itu termasuk elaun bagasi daftar masuk 30 kilogram, hidangan makanan percuma dan hiburan dalam penerbangan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Penerbangan Bajet Tanpa Tempat Duduk?
AirAsia Batal 32 Penerbangan Ke Bali
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pedas Level Mati | Bandung Part 01
- SUMBER
- MSTAR