Wanita Ini Mahu Kahwin Dengan Lampu?
Walaupun kedengaran agak pelik, namun itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang mahu mengahwini lampu antik di rumahnya.
Dia yang jatuh cinta pandang pertama terhadap lampu candelier berusia 90 tahun itu membuat keputusan untuk berkahwin dengan objek tersebut.
BACA: Benarkah Wanita Ini Ditiduri Lelaki Zaman Purba?
Amanda Liberty, 33 tahun, tidak kisah jurang usia yang begitu jauh antara dia dan lampu berkenaan yang bernama Lumiere.
“Lampu itu berasal dari Jerman dan walaupun saya tahu amat sukar untuk membawanya pulang, saya harus mencari jalan untuk menjadikannya milik saya,” katanya yang membeli Lumiere di eBay.
Menurutnya, dia begitu ‘ketagih’ memeluk barang antik tersebut dan tak boleh berhenti memikirkan kecantikannya.
Amanda sanggup membayar ASD$500 (RM2,040) bagi kos penghantaran ke Eropah pada tahun lepas.
“Ketika ia tiba, ia belum lagi dipasang demi menjaga keselamatannya. Tetapi setelah dipasang dan menghidupkannya, hubungan kami semakin kukuh,” jelasnya.
Menurutnya, dia mempunyai 24 lampu candelier yang lain dan menjalin ‘hubungan terbuka’ dengan mereka sebelum kehadiran Lumiere.
ARTIKEL BERKAITAN:
Inilah Lelaki Paling Dahaga Di Dunia
Muntah Paus Buat Lelaki Ini Jutawan
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pencarian Masak Lemak Salai Di Nismilan (Negeri Sembilan)
- SUMBER
- SINAR HARIAN