Disebabkan tiada masa untuk makan, kita selalu ambil jalan mudah dengan makan di dalam kereta sambil memandu kerana ia menjimatkan masa.

Namun, tindakan itu akan menyebabkan kita menternak lipas tanpa sengaja dalam kereta hingga ia beranak-pinak dan sukar untuk dihapuskan kerana ia suka bersembunyi serta muncul secara tiba-tiba.

BACA: Ternak Lipas, Jana RM28,000 Sebulan

Perkongsian daripada Muhammad Ridhwan Abdul Rashid, 22 tahun, di laman sosial Twitter membuat orang ramai ingin mencuba taktik perangkap lipas yang dilakukannya kerana dia berjaya menangkap lipas dalam jumlah yang banyak.

Menurutnya, cara itu merupakan petua daripada neneknya yang hanya menggunakan tiga bahan iaitu minyak masak terpakai, susu pekat, marjerin diletakkan dalam bekas dan letakkan dalam kereta semalaman.

Hasilnya, dia berjaya menangkap lebih 30 ekor lipas yang ‘menghuni’ dalam keretanya selama ini. Memang berkesan!

Ramai pengguna laman sosial Twitter dilihat mahu mencuba petua yang dilakukan oleh Ridhwan kerana mempunyai masalah yang serupa. Ayuh kita banteras lipas dalam kereta!

ARTIKEL BERKAITAN:
Kaki Lipas Dalam Kopi, Ini Tindakan McD
Bergurau Tapi Guna Racun Lipas

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kena Baling Dengan Keropok?