Pelbagai acara dilakukan oleh sesebuah syarikat bagi mengeratkan hubungan sesama pekerja agar mereka lebih produktif bekerja.

Aktiviti untuk mengeratkan silaturahim pekerja di China agak berbeza berbanding di negara lain apabila mereka diarah tampar rakan sekerja untuk tujuan eratkan hubungan sesama mereka.

BACA: Geledah Sampah Demi Cincin Berharga RM65,000

Rakaman tersebut menunjukkan 12 orang pekerja di sebuah salun kecantikan melutut di atas pentas dan menampar sesama mereka.

Acara tersebut diadakan di Nanchang, Jiangxi bagi meraikan ulang tahun ke-14 salun kecantikan Jinhuayuan, lapor SCMP.

Menurut seorang pekerja salun itu, aktiviti seperti itu bagus untuk mengeratkan semangat berpasukan dalam kalangan pekerja.

Ia bukanlah sesuatu yang baru di negara itu kerana terlalu banyak aktiviti-aktiviti tahun seperti itu diadakan oleh beberapa syarikat di sana.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pertandingan Spicy King Di China Yang Pedas Gila
Tinggal Di Airport Sebab Merajuk Dengan Bini

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni