Bayangkan jika kita sedang gembira bercuti di luar negara bersama keluarga, tiba-tiba salah seorang daripada ahli keluarga jatuh sakit dan perlukan rawatan segera.

Itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga dari Malaysia apabila bapa kesayangan mereka jatuh sakit ketika bercuti di Korea Selatan baru-baru ini.

BACA: Sembuh Kanser Tahap 4 Dengan Makan Sayur

Sumber dari cari.com.my

Abdul Manaf M Noh, 81 tahun, dimasukkan ke hospital di Korea Selatan sejak 19 hari lalu menghadapi masalah kewangan apabila bil hospital mencecah RM800,000.

Anak lelakinya, Mahfiz Abdul Manaf, 40 tahun, berkata mereka memerlukan pertolongan daripada pihak berkaitan politik atau badan bukan kerajaan (NGO) meringankan beban mereka untuk membayar bil hospital serta dapat menguruskan proses untuk membawa balik ayahnya ke Malaysia.

Menurutnya, pihak hospital telah menjalankan dua pembedahan iaitu bagi mengganti salur aorta yang telah koyak dan pembedahan susulan yang terpaksa dilakukan berikutan terdapat pendarahan di dalam rongga dada (chest cavity).

Sumber dari cari.com.my

Pada awalnya, Abdul Manaf dikatakan mengalami masalah kesihatan seperti muntah-muntah sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan mengalami ‘aortic dissection’.

Anak-anaknya telah menyelesaikan hampir separuh daripada jumlah tersebut dan mereka masih memerlukan bantuan orang ramai bagi menyelesaikan baki jumlah rawatan hospital ayah mereka.

“Jumlah sumbangan daripada sanak saudara dan orang awam yang diterima pula sebanyak RM162,000 dan kami masih memerlukan sumbangan untuk menjelaskan kos rawatan yang tinggi di sini,” jelasnya.

Selain itu, mereka juga terpaksa menunggu sehingga keadaan ayahnya stabil dan dibenarkan keluar hospital sebelum dapat pulang ke tanah air.

“Kami tidak pasti sampai bila ia akan berlarutan tapi menganggarkan lebih kurang sebulan lagi atau lebih daripada itu sekaligus menjadikan bil akan bertambah sebanyak RM750,000 lagi. Ini tidak termasuk kos penerbangan dan rawatan perubatan sepanjang berada di dalam pesawat,” luahnya.

Kepada anda yang ingin menyumbang sedikit sumbangan, anda boleh salurkan ke akaun Maybank abang Mahfiz iaitu Azman Abdul Manaf yang bernombor 014123115825.

ARTIKEL BERKAITAN:
Sakit Jantung Tak Halang Jadi Sado
Makan Laju Punca Penyakit 3 Serangkai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tak Payah Beratur Pun Beli Kuih Keria Kat Melaka