Mukbang dilihat sebagai satu gaya siaran paling diminati ketika ini di Youtube. Gaya ini dibawa oleh rakyat Korea yang gemar makan dalam jumlah yang banyak di hadapan kamera sambil berinteraksi bersama penonton.

BACA:7 Bahan Wajib Ada Bila Anda Buat Sushi

Seorang bintang Mukbang yang dikenali sebagai Banzz, mengejutkan semua pengikutnya di laman sosial Instagram dengan memuat naik gambar yang menunjukkan bentuk badan sebenar. Ternyata dia memiliki tubuh badan yang sihat, sasa dan gagah walaupun dia gemar makan dalam kuantiti yang banyak.

Sumber dari allkpop.com

Banzz yang mempunyai ramai pengikut di Youtube dan juga Instagram itu akan bersenam beberapa jam sehari untuk mengekalkan bentuk tubuh badannya kerana dia mempunyai berat 70 kilogram dan ketinggian 177 sentimeter.

Sumber dari youtube.com

Mukbang berasal dari perkataan Korea yang berasal dari ayat muk-ja iaitu bermaksud makan serta bang-song yang bermaksud siaran. Trend Mukbang ini meraih perhatian orang ramai kerana bintang Mukbang akan duduk di hadapan kamera untuk menghabiskan makanan yang banyak di atas meja.

Walaupun ia nampak mustahil untuk dihabiskan, namun mereka mampu menghabiskannya dalam masa sejam ke atas. Dengan cara ini, mereka dapat menjana pendapatan hanya dengan makan makanan dalam jumlah banyak dan berinteraksi bersama penonton.

Usaha yang dilakukan oleh Banzz adalah sangat bagus kerana dia amat menjaga kesihatan walaupun dia seorang bintang Mukbang. Kita seharusnya bersenam pada setiap hari atau sekurang-kurangnya selang sehari untuk menjaga kesihatan daripada terkena penyakit berbahaya akibat tabiat pemakanan yang kurang sihat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pintu Suka Hati Memang Wujud?