Jika anda seorang yang tak takut dengan ketinggian atau gayat, anda pasti suka pergi ke tempat-tempat tinggi seperti mendaki gunung dan menaiki keretapi paling curam di dunia.

Keretapi bukit atau kereta api funikular paling curam di dunia telah siap dibina dan dibuka kepada orang ramai sejak 17 Disember lalu di negara Switzerland.

BACA: Laluan Kereta Api London Ke Tokyo Akan Dibuka!

Laluan keretapi tersebut akan melintasi lembah di bandar Schwyz hingga perkampungan Stoos yang terletak di dataran tinggi gunung Fronalpstock.

Sumber dari breakingnews.co.id

Untuk pengetahuan anda, landasan keretapi itu dibina pada ketinggian 1,300 meter dari paras laut dan tahap kecuraman sebanyak 110 peratus.

Sumber dari breakingnews.co.id

Menurut jurucakap syarikat kereta api, Ivan Steiner, berkata pihaknya berbangga dengan pembinaan keretapi itu kerana ia memakan masa selama 14 tahun dan menelan belanja sebanyak 44.6 juta euro (RM215 juta).

Sumber dari peraktoday.com.my

Di samping itu, reka bentuk keretapi itu turut dipuji kerana empat gerabak silinder yang digunakan telah disesuaikan dengan perubahan kecuraman.

Sumber dari sajakongsi.com

Keretapi funikular itu boleh membawa 136 penumpang dan meletakkan 34 orang di setiap gerabak serta boleh mencapai kelajuan sehingga 10 meter satu saat. Malah, ia juga akan mendaki sejauh 743 meter dalam jarak keseluruhan 1,738 meter.

Mungkin anda akan rasa seperti menaiki roller coaster semasa menaiki keretapi ini kerana kelajuannya selain melalui banyak laluan curam.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kulit Kepala Koyak Akibat Selfie Tepi Keretapi
Ini Sebab Ramai Pakai Sarong Naik Keretapi

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sedut Lamb Shank Sampai Puas Hati!