Selalunya ketika kecil kita pasti mempunyai anak patung kerana sudah lumrah kanak-kanak akan cepat tertarik dengan anak patung.

Atas sebab-sebab tertentu, anak patung tak elok disimpan di rumah apatah lagi dalam jumlah yang banyak bagi mengelakkan perkara tak diingini berlaku.

BACA: Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Anak Hampir Diculik

Seorang wanita dikenali sebagai Aziey Mat Ghani di Facebook, menceritakan pengalamannya melalui detik-detik menyeramkan apabila patung anaknya berubah kedudukan dengan sendiri beberapa hari lalu.

Menurut Aziey, ketika itu dia sedang sibuk melihat keadaan anak keduanya, Lily yang mengalami demam panas pada pukul dua pagi dan sepintas lalu melihat kedudukan anak patung berdekatan anaknya.

Kemudian, dia terjaga pada pukul empat pagi kerana mahu melihat anaknya dan tiba-tiba dia terlihat kedudukan anak patung tadi berubah tanpa ada sesiapa yang mengubahnya.

“Terus berdiri bulu roma, kepala jadi besar tiba-tiba. Akak tanya suami akak ada alihkn patung tu ke tak pastu dia cakap tak. Bertambah seriau la. Memula patung tu dalam kedudukan gambar pertma tapi kenapa tetiba jadi duduk macam gambar kedua tu? Sumpah demi allah akak tak tipu,” jelasnya.

Kemudian, Aziey terus teringat pesanan ustaz mengenai larangan menyimpan anak patung di rumah dan kini mempercayai kata-kata ustaz tersebut.

Tanpa menunggu lama, dia mengambil keputusan membakar anak patung tersebut dan meminta orang ramai berdoa yang baik-baik sahaja untuk dirinya sekeluarga.

Selain itu, beberapa orang dilihat berkongsi pengalaman pernah mengalami pengalaman sama sepertinya dan ada juga menyokong pendapat Aziey mengenai anak patung itu.

Seeloknya jangan membeli anak patung jika anda rasa ianya tak bagus untuk mereka kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kisah Ibu Anak Lapan & 1000 Murtabak Boom
Tersedu Ibu Menangis Bila Terima Hadiah Dari Anak

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Benda Sotong Ultraman & Udang Gorgon Ni?