Kemalangan biasa berlaku akibat pemandu kereta atau motor melanggar lampu isyarat merah di persimpangan jalan.

Tetapi, apa yang berlaku sebaliknya apabila seorang wanita di China mengalami kemalangan akibat berhenti sebelum lampu isyarat merah kerana menyangka punggung monyet sebagai lampu merah.

BACA: Monyet Curi-Curi Minum Petrol

Kejadian berlaku pada waktu pagi di mana wanita tidak dikenali itu memandu kereta di Wuhan, Hubei, China dan terus menekan brek secara tiba-tiba apabila melihat lampu isyarat merah.

Sumber dari suara.tv

Malangnya, kereta di belakang tak sempat menekan brek lalu melanggar kereta wanita itu sambil mempersoalkan tindakannya kerana lampu isyarat yang sebenar berada jauh di depan.

Kemudian, wanita itu terkejut apabila memandang di atas tiang itu bukanlah lampu isyarat tetapi seekor monyet dan menyangkakan punggung monyet itu seperti lampu isyarat berwarna merah.

Sumber dari suara.tv

Menurut laporan, orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana mereka menyifatkan ia sebagai kemalangan luar biasa. Memang betul pun, tak pernah lagi ada kemalangan kerana tersalah lihat punggung monyet sebagai lampu isyarat merah.

Sumber dari suara.tv

Selepas itu, seorang penganjur sarkas tiba di lokasi kejadian dan memberitahu bahawa monyet itu adalah miliknya serta meminta maaf kepada mereka yang terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada monyet tersebut.

Penganjur itu turut berjanji akan membayar ganti rugi kemalangan. Nasib baik tiada siapa yang cedera dalam kemalangan berkenaan dan jalan tersebut tidak sibuk pada ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN:
20 Tahun Hidup Dihurung Lalat
Wanita Ini Cerita Pengalaman Patung Berhantu Anak

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pengalaman Makan Bakso Tepi Kubur Cina