Sebelum ini kecoh seketika apabila negeri Kelantan mahu melaksanakan hukum hudud terhadap pesalah di negeri tersebut.

Malah, pihak kerajaan juga berkemungkinan akan menggunakan khidmat pakar bedah seperti doktor untuk memotong tangan pencuri jika didapati bersalah.

BACA: Penangan Curi Bot, Sudahnya Kena Ikat Pada Pokok

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata mereka akan menggunakan tenaga pakar untuk mengelakkan kecederaan atau kerosakan kepada anggota badan lain.

“Kita mengenal pasti kaedah yang bersesuaian dan lebih praktikal. Mereka (pakar bedah) memerlukan panduan dan penjelasan daripada segi agama terutama mengenai paras tangan yang perlu dipotong,” jelasnya.

Tambahnya, mereka akan menjadikan negara Qatar, Arab Saudi dan Acheh, Indonesia dalam pelaksanaan hukum hudud kerana negara-negara tersebut sudah pun melaksanakan hudud.

Walau bagaimanapun, banyak faktor harus dipertimbangkan sebelum seseorang itu dijatuhkan hukuman potong tangan.

Pesalah tidak seharusnya dikenakan hukuman itu jika dia berada dalam keadaan terdesak, kelaparan atau apa-apa masalah yang menyebabkan mereka terpaksa mencuri.

Diharap dengan hukuman berkenaan dapat mengurangkan kes ragut, mencuri, merompak dan sebagainya kerana kes seperti itu semakin menjadi-jadi pula sejak kebelakangan ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Suami Isteri Curi Tabung Derma Tahfiz
Alas Kaki Kedai Dobi Pun Kena Rembat

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Bro Pian Yang Awesome” | Mail Time #3