Kota Bharu Diselubungi Kabus Tebal
Kita biasa melihat pemandangan berkabus di tempat tinggi seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands serta tempat-tempat tinggi lain, namun baru-baru ini ibu negeri Kelantan diselubungi kabus tebal seperti berada di tempat peranginan yang sejuk.
Difahamkan kabus akan hilang perlahan-lahan sehingga pukul sembilan pagi selepas muncul sejak awal pagi lagi.
BACA: Kelantan Guna Khidmat Doktor Potong Tangan Pencuri
Menurut seorang penduduk tempatan, Salmizi Che Mat, 39 tahun, berkata dia terkejut apabila mendapati cuaca di Kota Bharu seperti berada di Cameron Highlands.
“Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja jarak penglihatan juga agak terhad dan saya lihat banyak kenderaan menyalakan lampu,” ujarnya.
Dia berpendapat fenomena cuaca kabus tebal itu disebabkan oleh hujan lebat pada awal pagi yang membuatkan pemandangan berkabus.
Selain itu, seorang peniaga kedai makan, Che Yah Che Mud, 37 tahun, memberitahu dia biasa melihat pemandangan berkabus sehingga pukul tujuh pagi tetapi kali ini pemandangan kabus lebih lama dari biasa.
Manakala menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Rabiah Al Adawiyah Zakaria menyatakan fenomena kabus tebal itu berpunca dari hujan lebat selama beberapa jam pada awal pagi tadi.
Bukan selalu dapat nikmati pemandangan kabus tebal seperti ini di Kota Bharu, jadi nikmatilah sementara cuaca masih sejuk.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kelantan Bakal Guna Bas Elektrik Tahun Depan
Mangsa Banjir Muak Makan Ayam, Rindu Budu
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Kena Paksa Makan Satay Daging Arnab?!!
- SUMBER
- HARIAN METRO