Ais Kepal Milo Tarikan Terbaru Perak
Sejak kecil lagi kita sudah biasa minum minuman Milo kerana ia memberi tenaga dan mempunyai perisa lazat iaitu koko.
Kini, terdapat satu minuman terbaru menggunakan Milo sebagai bahan asas iaitu ais kepal Milo. Peminat Milo dan coklat pasti teruja untuk mencuba ais kepal Milo ini.
BACA: Ini Kebaikan Letak Duit Syiling Dalam Peti Ais
Difahamkan ais kepal Milo ini asalnya hanya boleh didapati di Kuala Kangsar, Perak, berdekatan dengan kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven.
Bukan orang tempatan saja mahu mencuba ais kepal Milo tular ini, tetapi pelancong dari Amerika Syarikat dan Jerman juga dikatakan tak melepaskan peluang untuk merasai keenakan ais kepal itu.
Memang pekat likat Milo yang dituang ke atas ais kepal yang diletakkan ke dalam plastik. Telan air liur dibuatnya jika lihat lama-lama.
Tak dapat dipastikan berapa harga ais kepal ini sebungkus namun ia kelihatan berbaloi untuk dicuba kerana Milo yang digunakan memang banyak.
Hujung minggu boleh bawa keluarga mencuba ais kepal Milo di Perak. Yela, kalau minum sorang memang tak habis nampak gayanya sebab saiz hidangan kelihatan agak besar.
ARTIKEL BERKAITAN:
5 Perkara Menarik Tentang Ais Tingkap
Kajian: Makan Aiskrim Waktu Pagi Buat Anda Bijak
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Kena Paksa Makan Satay Daging Arnab?!!
- SUMBER
- FB KAMI VIRAL