Zaman sekarang ini pelbagai kek dibuat mengikut citarasa orang ramai walaupun ia agak mustahil untuk dilakukan pada mulanya.

Kelihatan seperti pengantin perempuan, ‘Lulwa’ sebenarnya sebuah kek pengantin yang menyerupai pengantin wanita Arab seberat 120 kilogram.

BACA: Kek Cantik Tapi Nampak Seperti ‘Kemaluan’

Lulwa dihasilkan oleh pembuat objek termahal, Wingham, yang juga pernah menghasilkan sepasang kasut bernilai 16 juta dollar Amerika Syarikat atau RM62.3 juta, sepasang gaun malam hitam bertakhta berlian bernilai RM18.7 juta dan kek perkahwinan termahal di dunia berharga RM261 juta.

Menurutnya, Lulwa merupakan projek mampu milik dihasilkannya kerana harganya lebih murah iaitu berharga RM3.89 juta.

Nama Lulwa diambil dari bahasa Arab yang bermaksud mutiara dan kek tersebut dihiasi mengikut rekaan tradisional pengantin Arab.

Lulwa dihasilkan menggunakan kek span, 25 kilogram coklat dan 50 kilogram fondant dan ia memerlukan enam orang untuk mengangkat kek berbentuk pengantin perempuan itu.

Kreatif sungguh pencipta Lulwa! Memang nampak macam patung jika tiada siapa memberitahu ia sebenarnya sebuah kek.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kek Soto Tiga Tingkat Ganti Kek Kahwin
Kisah Kek Kotak Rokok & Kubur Untuk Suami

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecah Perut Makan Shell Out