Kisah ‘Makcik Telekung’ Di Majlis Kahwin
Bila majlis kahwin berlangsung, ahli keluarga dan sanak-saudara pengantin serta rakan-rakan pengantin pasti sibuk untuk menjayakan majlis yang sedang berlangsung.
Dalam kesibukan majlis, pasti ada pihak yang mahu mengambil kesempatan dengan membuat kegiatan jahat seperti mencuri barang di rumah keluarga pengantin dan perkara ini sudah lama terjadi sejak dahulu lagi.
BACA: Datang Kenduri Kahwin Dapat Sekampit Beras
Seorang pengguna laman Facebook, Ommar Abd Aziz, menceritakan kisah seorang makcik yang memberi alasan mencari beg telekung miliknya di dalam rumah keluarga Ommar.
Malah, makcik tersebut duduk di dalam rumah dengan penuh yakin hingga tidak menimbulkan sebarang syak wasangka orang yang melihatnya kecuali jika ada yang betul-betul memerhatikan gerak-gerinya.
Selain itu, Ommar juga berkongsi gambar ‘makcik telekung’ itu di laman Facebook yang sempat ditangkap semasa hari kejadian.
Selain itu, kejadian lain yang berlaku diceritakan oleh seorang pengguna Facebook, Cik Lin, mengenai pengalaman seorang wanita mencuri barang pengantin perempuan di dalam rumah pengantin.
Kita harus lebih berhati-hati semasa membuat kenduri kahwin di rumah kerana kadang-kadang kita tidak sedar ada di antara tetamu yang datang ke majlis kahwin ‘panjang tangan’ jika tidak diawasi.
ARTIKEL BERKAITAN:
Majlis Kahwin Bertemakan Tahun 60-an
Kena Saman Akibat Tak Datang Hari Perkahwinan
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pertama Kali Makan Unicorn Manis!!!
- SUMBER
- FB OMMAR ABD AZIZ