Cara Cuci Barang Basah Dengan Betul
Setiap minggu kita pasti akan ke pasar untuk menambah stok barang dapur untuk dimasak pada minggu yang akan datang.
Ada yang baru belajar untuk membersih ayam, ikan, udang, sotong dengan sendiri tapi tidak tahu macam mana untuk mula, jadi anda boleh ikuti cara-cara membersih barang basah yang dikongsi oleh seorang warga laman Twitter ini.
BACA: Koleksi Lawak Hambar Pelanggan Kedai Makan Semasa Ambil Pesanan
Cara cuci ikan/ayam/sotong/udang supaya tahan lama dan tak cepat berbau untuk BEGINNER.
— A Wife (@annekifli) February 19, 2018
Menurut @annekifli, dia berkongsi bagaimana cara untuk membersihkan barang basah seperti ayam, ikan, sotong dan udang untuk mereka yang baru belajar masuk dapur.
1. Ikan
Untuk ikan, Anne mencadangkan agar menggunakan gunting semasa menyiang ikan kerana ia lebih cepat dan cuci perut ikan dengan asam jawa/limau/lemon campur dengan garam kemudian bilas dan simpan ke dalam peti sejuk.
2. Ayam
Baginya, cara berkesan untuk mencuci ayam ialah dengan menggunakan tepung gandum. Hanya guna tepung gandum bercampur dengan air dan lumur di ayam.
3. Sotong
Selain itu, Anne menerangkan cara-cara untuk membersihkan sotong dan membuang dakwat hitam serta gigi sotong yang tersembunyi.
4. Udang
Manakala untuk udang pula, dia juga memberitahu cara menyiang udang tanpa membuang kulit udang kerana dia tidak menggemari udang tanpa kulit.
Perkongsian ini sesuai untuk anda yang mahu belajar cara untuk membersihkan bahan makanan dengan cara yang mudah difahami.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Identiti Sebenar Gadis Manja Yang Lapar
Kisah ‘Makcik Telekung’ Di Majlis Kahwin
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tak Payah Beratur Pun Beli Kuih Keria Kat Melaka
- SUMBER
- TWITTER ANNEKIFLI