Sperma Lelaki Tua Hasilkan Anak Lebih Bijak
Sebelum ini, ada yang berpendapat bayi yang lahir daripada bapa yang sudah lanjut usia sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti cenderung menjadi autisme atau Sindrom Down.
Namun kajian terbaru diterbitkan dalam jurnal kesihatan Twins Early Development Study mendedahkan, bayi yang lahir daripada bapa sudah lanjut usia berpotensi menjadi anak yang bijak.
Kajian yang dijalankan ke atas 12,000 orang kanak-kanak yang lahir daripada pasangan lanjut usia dan mengkaji berapa indeks kecergasan kanak-kanak tersebut.
Hasil kajian mendapati, kanak-kanak daripada bapa yang berusia bawah 25 tahun memiliki indeks kecergasan sebanyak 39.6 peratus.
Kanak-kanak daripada bapa yang berusia 30-an memiliki nilai indeks kecergasan sebanyak 41.1 peratus. Manakala, kanak-kanak lahir daripada bapa berusia 50-an memiliki indeks kecerdasan paling tinggi 46.6 peratus.
Kanak-kanak yang cergas biasanya boleh menguasai bidang matematik, sains dan teknologi.
- SUMBER
- Kosmo