Terlalu banyak kisah penceraian yang berlaku di seluruh dunia hampir setiap hari. Adakalanya alasan diberikan tidak munasabah untuk mereka yang telah berkahwin ini bercerai.

Antara alasan penceraian yang tidak munasabah yang berlaku di seluruh dunia adalah kerana pasangan berdengkur, suami terlalu rajin, anak terlalu kacak dan banyak lagi alasan tidak masuk akal.

BACA: Dicerai Sebab Malas Mandi

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita di Kaherah, Mesir, nekad untuk memfailkan penceraian terhadap suaminya kerana suaminya enggan membelikan kebab untuknya.

Wanita tersebut dikenali sebagai Sameeha dilaporkan baru saja berkahwin selama 40 hari telah kembali ke rumah keluarganya dan telah membuat keputusan untuk bercerai.

Menurut portal Masrawy, wanita itu memberitahu dia baru saja mengenali suaminya dua bulan yang lalu dan perkahwinan mereka juga berdasarkan pilihan keluarga.

“Di awal perkahwinan, dia memberitahu tidak suka keluar ke mana-mana kerana ia hanya membazirkan wang. Lama-lama terserlah sikap kedekutnya,” ujarnya.

Suaminya dikatakan tidak mahu membeli kebab kerana dia sudah terlebih dulu membeli jus untuknya. Sameeha terus mendesaknya membeli kebab hingga suaminya menuduh dia mahu mengikis hartanya.

Perkara ini mungkin boleh diselesaikan jika mereka berunding dengan elok dan seterusnya ia dapat mengelakkan pasangan ini daripada bercerai.

ARTIKEL BERKAITAN:
Anak Terlalu Kacak Punca Ibu Bapa Bercerai
Suami Buat Kerja Rumah Pun Kena Cerai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138