“Mohon Tolong Jangan Letak Natang Ini Di Kaunter”
Kalau bawa anak ke pasaraya ada saja mainan yang mereka minta untuk dibelikan. Ada yang mendengar kata, tapi jika ada di antara anak-anak yang akan menangis dan mengamuk jika permintaan mereka tidak dipenuhi, mahu tak mahu ibu bapa kena mengalah juga.
Baru-baru ini, seorang bapa meluahkan rasa marah di Facebook dengan sikap sesetengah pemilik pasaraya yang meletakkan Kinder Joy di bahagian kaunter dengan tujuan untuk menarik perhatian kanak-kanak.
Kandungan surat tersebut hanyalah sekadar gurauan memandangkan dia sebagai seorang bapa tidak mampu lagi untuk melayan kerenah anaknya yang inginkan Kinder Joy tersebut sehingga terjadinya episod berguling-guling.
Nak beli mainan dekat kedai RM2 pun terketar tangan
Rata-rata netizen juga turut bersetuju agar pemilik pasaraya untuk tidak meletakka Kinder Joy di bahagian kaunter.
Ada juga netizen berpendapat agar pihak berwajib mengkaji semula harga harga Kinder Joy memandangkan harganya terlalu mahal.
Dah la mahal! Boleh beli nasi goreng sepinggan
- SUMBER
- CariForum