Beli Starbucks Ingat Kunyah Kacang, Rupanya Gel Silica
Kalau sebelum ini, ada seorang pengguna kongsikan kisahnya yang nak sedut pearl, tapi tersedut anak cicak. Kali ini kes yang sama terjadi, tapi tersedut benda lain pula.
Dikongsikan menerusi Twitter, seorang pelanggan Starbucks mendakwa minuman yang dibeli olehnya mengandungi benda asing yang merbahaya iaitu gel silica.
Menurut mangsa, dia membeli minuman di Starbucks dan meminta untuk menambah kacang. Ketika menikmati minuman tersebut, dia menyangka tergigi kacang, namun sangkaannya salah sama sekali apabila ternampak bungkusan gel silica di dalam cawan tersebut.
Berikutan itu, mangsa terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan terperinci. Doktor yang merawat mangsa meminta isu tersebut diviralkan agar pihak tersebut bertanggungjawab kerana menelan gel tersebut bukan perkara yang boleh di bawa main.
Rata-rata netizen terkejut dan tertanya-tanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku.
- SUMBER
- CariForum