Minum Sup Ikan, 100 Tulang Ikan Sangkut Di Dubur
Siapa yang suka sangat telan tulang ikan, lepas ni mesti serik dan buat dah. Seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan 100 tulang ikan selepas meminum sup yang mengandungi tulang ikan kecil.
Memetik laporan Chengdu Business Daily, lelaki tersebut dikenali sebagai Zhou, 63, tidak menyangka sup ikan yang disangka selamat diminum merupakan mimpi ngeri buat dirinya.
Lelaki itu berkata, disebabkan saiz ikan yang kecil membuatkan dia bertindak untuk menelan tanpa membuang tulang terlebih dahulu.
Malangnya, beberapa hari kemudian dia merasakan perit di bahagian punggung ketika membuang air besar.
Tidak dapat menahan sakit, Zhou pergi ke hospital dan imbasan menemui kepulan berduri melekat di duburnya.
Pembedahan mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan 100 tulang ikan dari dubur Zhou. Tulang-tulang kecil terpaksa di tinggalkan kerana bimbang akan mencederakan atau menyebabkan pendarahan.
Pakar bedah hospital berkenaan mengakui itu kali pertama melihat kejadian seperti itu. Sebelum ini, paling banyak dikeluarkan sebanyak 10 tulang ikan sahaja.
- SUMBER
- Harian Metro