“Kereta 3 Buah Tapi Masih Nak Wang Bantuan RM100”
Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, ramai orang di luar sana yang mengeluh dengan kos sara hidup yang semakin mencabar. Berikutan itu, pelbagai bantuan dihulurkan untuk mengurangkan beban yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Setiap awal tahun rakyat Malaysia menantikan bantuan dari kerajaan Malaysia termasuklah murid sekolah. Namun, apa yang tak sedap didengar ialah ada pihak atau ibu bapa yang sanggup mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang bantuan RM100 walaupun tidak berkelayakan.
Menerusi laman Facebook, seorang guru Mohd Fadli Salleh meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir ibu bapa yang sanggup menipu.
Kereta 2-3 buah tapi tulis pendapatan RM2,000
Guru itu juga mendedahkan, syarat utama untuk menerima bantuan RM100 ialah pendapatan isi rumah mestilah bawah RM3,000. Namun ada yang sanggup menipu dengan menulis pendapatan RM2,000 dan isteri tidak bekerja.
Jika pendapatan lebih RM3k tak payahlah gadai maruah
Ada juga ibu bapa yang sanggup menjaja cerita sedih untuk mendapatakan wang bantuan tersebut dengan memberi alasan perniagaan bukannya selalu untung.
Semua maklumat ibu bapa yang isi tapi kami kena marah
Tambah Fadli lagi, kelayakan untuk menerima wang bantuan RM100 bukan ditentukan oleh guru, namun ada ibu bapa yang memarahi mereka apabila mendapati mereka tidak layak untuk wang bantuan tersebut.
Berkat ke duit RM100 tu nanti
Fadli juga turut menasihati ibu bapa yang tidak layak untuk menerima wang bantuan tersebut sama ada berkatkah duit tersebut jika anda dapatkan dengan cara menipu.
- SUMBER
- Facebook Mohd Fadli Salleh