Taman Rekreasi KL Ini, Rasa Macam Di Luar Negara
Selalunya setiap hari minggu, ramai yang meluangkan masa berjalan di pusat membeli-belah atau melepak di kedai kopi.
Dari anda bazirkan duit dengan bershopping, apa kata anda pergi ke tarikan terbaru di Kuala Lumpur iaitu “99 Wonderland Park” di Tasik Sri Murni, Selayang.
BACA: 9 Lokasi Terbaik Di Malaysia Anda Wajib Kunjungi Tahun Ini
Baru saja dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak Jumaat lalu, pembangunan taman rekreasi seluas kira-kira 8.9 hektar itu mengambil masa kira-kira dua tahun dengan kos sebanyak RM18 juta.
Ada berita baik untuk anda. Sempena pembukaan taman rekreasi tersebut, masuk adalah percuma selama sebulan sehingga 13 April.
Apa yang menariknya di taman ini? Banyak tarikan menarik di sini dan pasti anda tak sangka di Kuala Lumpur ada tempat awesome macam ni.
1. Bandar tasik pertama di Kuala Lumpur dengan lampu LED
2. 99 Jetty & 99 Cruise, 12 Zodiac Walkway, Deer Yard
3. Pelbagai spesis burung termasuk burung merak & flamingo
4. Spesis haiwan berbulu comel pun ada
5. Siap ada monumen dinosaur dengan ketinggian 3.5 meter
6. Pemandangan waktu malam yang sangat menakjubkan di Sky Fountain
ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Bercuti Ke Turki Tapi Terkandas Di Dengkil
7 Lokasi Menarik Di Malaysia Anda Wajib Ambil Gambar
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ramen Ayam-Ya Wajib Makan & Q&A 2? (Kyoto)
- SUMBER
- Says.com