Lelaki Malaysia Terkejut Nasi RM60 Di Singapura
Jika anda pernah ke Singapura, pasti anda sudah tahu harga makanan di sana. Memang kena selidik dahulu di mana tempat yang menawarkan harga makanan yang murah dan berpatutan.
Lagi satu, kalau agak-agak poket tu ‘tak tebal mana’ jangan sesekali ambil lebih dari dua ketul daging, ikan atau makanan laut. Memang rabak poket tu nanti.
BACA: Ini Harga Nasi Paling Mahal Di Singapura!
Perlu anda tahu, elakkan dari makan di gerai nasi padang atau medan selera pusat beli belah mewah seperti di Marina Bay Sands atau Paragon.
Baru-baru ini, seorang lelaki Malaysia yang baru saja berpindah ke Singapura kurang sebulan terkejut dengan harga makanan disana.
Jika di Malaysia harga nasi padang hanya RM7-RM9, lelaki tersebut, iaitu Raymond Yeoh terkejut apabila dia terpaksa membayar S$20 (RM59.56) untuk sepinggan nasi padang yang dimakan di medan selera di medan selera Food Opera di ION Orchard.
Difahamkan, dia mengambil empat jenis lauk iaitu ikan bilis bersama kacang, kari kambing dan dua jenis ikan goreng.
Kisahnya itu viral di media sosial dan rata-rata nitizen yang sudah tahu tentang selok-belok di Singapura memberikan komen tentang harga makanan tersebut.
Ada yang berpendapat, Yoeh tidak sepatutnya merungut. Sebaliknya buat kaji selidik dahulu sebelum memilih tempat makan mana yang menawarkan harga murah di sana.
Dah tahu Singapura antara salah sebuah bandar termahal dunia, kena semak dulu dekat mana kalau nak makan. Kalau tak memang rabak poket tu nanti.
ARTIKEL BERKAITAN:
Nasi Lemak Lobster Gegarkan Singapura
McD Singapura Hidang Nasi Lemak Burger!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Vitdaily Special : Singapore
- SUMBER
- mStar