“Ingat Selamatkan Kucing, Rupanya Dijual & Makan”
Baru-baru ini Persatuan Haiwan Malaysia dikejutkan dengan aktiviti penjualan daging kucing dalam pasaran gelap oleh pendatang asing dari Vietnam di negeri Selangor.
Menerusi Facebook, persatuan itu memberitahu aktiviti keji itu terbongkar apabila ada pihak mengaku mahu menyelamatkan kucing dalam jumlah yang banyak, rupa-rupanya ada aktiviti haram yang dilakukan oleh mereka.
BACA: Kenapa Wanita Ini Suka Makan Bulu Kucing?
Menurut persatuan tersebut, dalang utama penjualan daging kucing itu dipercayai oleh rakyat tempatan yang mengaut keuntungan ribuan ringgit sebulan hasil kekejaman terhadap kucing dan anjing.
Sehingga kini tiada tindakan boleh diambil memandangkan tiada undang-undang khusus untuk menghukum pesalah pemakan kucing dan anjing di Malaysia.
Berikutan itu, persatuan tersebut meminta agar kerajaan menggubal satu undang-undang agar meletakkan haiwan seperti kucing dan anjing sebagai haiwan yang tidak boleh dimakan.
Turut dikongsikan gambaran kesan yang boleh berlaku di negara kita akibat sikap dan kebiasaan memakan kucing dan anjing oleh pendatang asing di negara asal mereka.
Bukan main banyak makanan di dunia ni, kenapa nak makan binatang tak berdosa seperti anjing dan kucing?
ARTIKEL BERKAITAN:
Wanita Ini Mahu Kahwin Dengan Lampu?
Demi Selfie Buruk, Gadis Sanggup Pusing Satu Dunia
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram