Ini Punca Siti Nurhaliza Turun 14Kg Dengan Cepat
Selepas 17 hari melahirkan anak perempuannya, Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu, Datuk Siti Nurhaliza kongsikan berita gembira apabila berat badannya susut sabanyak 14 kilogram.
Menurut Siti, penurunan berat badannya disebabkan dia sering berjaga selain puterinya menyusu badan.
BACA: Billa AF Kongsi Tips Turun Berat Badan
Menerusi posting di Instagram, Siti turut mengucapkan terima kasih kepada anaknya kerana membantunya menurunkan berat badan.
“Alhamdulillah, hari ini, hari ke-17 ibu dan Siti Aafiyah selepas bersalin. Ibu gembira sebab dah susut 14 kilogram (sebab berjaya dan Aafiyah kuat minum susu Ibu). Terima kasih anak ibu tolong Ibu. Alhamdulillah,”
Selain itu, makanan yang diambil oleh Siti sewaktu berpantang sememangnya untuk menurunkan berat badan seperti ikan merah masak singgang, ikan merah masak pais, kerabu pegaga, sayur peria dan banyak makan bawang putih.
Siti juga ada kongsikan foto makanan berpantang yang dimakan olehnya sejak di hospital sehinggalah ketika berpantang di rumah. Patutlah makin langsing dan berseri-seri tengok Datuk Siti.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan
Turun 25Kg Dalam 4 Bulan, Gadis Manis Ini Kongsi Tips Kurus
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pecahkan Lengan Ketam Guna Hammer Thor?
- SUMBER
- Mstar