Sebak Tonton Pengantin Menangis Depan Mak Ayah
Setiap pasangan yang berkahwin, pasti akan berasa sedih untuk melayari bahtera rumah tangga kerana perlu hidup berasingan dari ibu bapa.
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pengantin lelaki yang berjaya membuatkan netizen sebak menonton rakaman videonya yang menangis teresak-esak kerana perlu berjauhan dari ibu bapanya.
BACA: Rintihan Sayu Nak Jumpa Ibu Bapa Kandung
Pengantin lelaki tersebut, Muhammad Rizuan Asri, 24 tahun, tidak dapat menahan air matanya ketika menyuap makan ibu bapanya di majlis perkahwinannya Ahad lalu.
Ketika memeluk dan mencium ibu bapanya, dia juga dilihat seolah-olah tidak mahu melepaskan mereka. Malah Muhammad Rizuan juga dilihat melutut di kaki ibunya.
Muhammad Rizuan berkata, dia rasa sebak kerana tanggungjawabnya selepas ini semakin besar dan terpaksa melepaskan keluarga.
“Sebelum ini tanggungjawab saya hanya kepada ibu bapa dan adik-adik, sekarang tambah pula tanggungjawab kepada isteri.
“Saya juga rasa sebak nak lepaskan keluarga saya, lepas ni saya akan tinggal berasingan untuk melayari kehidupan baharu.
“Memang saya manja dengan ibu bapa saya, kami memang rapat. Malah mak saya selalu suapkan saya makanan,” ujarnya kepada mStar Online.
Lebih bertambah pilu, apabila deejay bertugas memainkan lagu yang menyentuh perasaan.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa sebak dan terharu kerana tidak ramai anak seperti ini yang sangat kasihkan ibu bapa mereka.
“Untungnya dapat suami macam ni. Lembut hati sayang mak ayahnya.
“Terbaiklah, dengan aku sekali menangis tersedu. Meresap dalam hati,” ujar seorang lagi pengguna Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN:
Hilang Pasport, Denda Sehingga RM1,000
Pencuri Pulang Semula Motor, Isi Minyak Penuh
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan Indomie Paling Pedas Di Dunia
- SUMBER
- mStar