Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita
Ibu merupakan wanita yang patut dihormati kerana mereka merupakan insan yang bersusah payah menahan sakit ketika melahirkan kita.
Seorang lelaki di Guilin, wilayah Guangxi, China sanggup menyamar menjadi wanita untuk membantu ibunya yang menghidap sakit mental.
BACA: Sanggup Kayuh Basikal 5 Hari Demi Beraya Dengan Ibu
Lelaki berusia dalam usia 50-an itu mengenakan pakaian tradisional Cheongsam seperti dilihat dalam video berdurasi 1 minit 23 saat itu sambil melayan ibunya yang tersayang. Malah, video tersebut mendapat 4.3 juta penonton setelah dimuat naik oleh Pear Video di laman sosial Weibo.
Selain itu, lelaki tersebut turut menceritakan bahawa ibunya mempunyai penyakit mental sejak kematian adiknya. Sejak dari itu, dia menyamar menjadi adik perempuannya bagi menggembirakan hati ibunya.
“Dia sangat gembira, jadi saya terus melakukannya (berpakaian wanita), malah saya tidak mempunyai pakaian lelaki,” ujarnya.
Tambahan pula, ibunya percaya dia merupakan jelmaan anak perempuannya yang meninggal dunia itu. Menurutnya, dia tidak kisah tanggapan masyarakat terhadapnya asalkan ibunya gembira.
“Apabila anak perempuan saya yang lain meninggal dunia, dia menjadi anak perempuan saya,” ujar ibunya kepada The Straits Times.
Malah, mereka hanya hidup berdua dan anak lelakinya hanya bermain seruling untuk menyara kehidupan mereka.
Sungguh besar pengorbanan lelaki tersebut terhadap ibunya. Semoga kita juga dapat membalas jasa ibu kita sementara mereka masih ada.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
“Ini Baru Johor”
- SUMBER
- SINAR HARIAN