Penyu Mati Di Pulau Perhentian Kerana Bot Laju
Ini bukan kali pertama kes penyu mati dilanggar bot. Banyak kes penyu mati dilaporkan berpunca daripada kipas bot. Namun kes kali ini ternyata membuktikan masih ramai pemandu bot kurang peka dengan keadaan sekeliling yang didiami oleh hidupan lain.
Baru-baru ini di Pulau Perhentian, dua ekor penyu didapati mati dan jelas menunjukkan penyu tersebut dilanggar oleh bot laju.
BACA: Kerana Telur Penyu, Menteri Saman Akhbar RM10 Juta
Menerusi Facebook, Perhentian Turtle Project meluahkan rasa sedih mereka di atas kejadian tersebut.
Dua ekor penyu mati dilanggar bot laju
Menurusi posting tersebut, pasukan itu kongsikan rasa sedih apabila dimaklumkan dua ekor penyu mati dilanggar dan ditemui di persisiran pantai dalam keadaan yang cukup menyedihkan.
Cengkerang hancur, kepala pecah
Turut dikongsikan oleh mereka, salah seekor penyu yang mati masih lagi di usia kecil, pecah cengkerangnya akibat dilanggar. Manakala seekor lagi pula pecah dibahagian kepala.
Jika penyu ini tidak dilanggar, pasti mereka akan hidup lama
Jika kura-kura ini tidak dilanggar, pasti mereka akan hidup lama, berenang di lautan dan melihat keajaiban lautan indah.
Minta pemandu bot lebih berhati-hati
Pihak tersebut menyeru kepada orang ramai yang melawat pulau atau mana-mana kawasan yang mempunyai penyu agar miminta pemandu bot untuk memandu secara perlahan dan berhati-hati.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram