Ini Kisah Periuk Nasi Jadi Kubur Cicak
Pernah tak anda selenggara dan bersihkan periuk nasi anda? Selepas ini anda patut lakukan dengan lebih kerap selepas baca perkongsian ini.
Baru-baru ini, seorang wanita dikejutkan dengan penemuan bangkai cicak di dalam sebuah periuk nasi milik seorang pelanggan yang dihantar untuk dibaik pulih oleh bapanya.
BACA: Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Turut dikongsikan beberapa gambar periuk nasi ‘cicak’ yang dikesan dan bangkai lipas menerusi Facebook milik wanita itu, Syahirah Che Lah.
Menurut wanita itu, penemuan cicak di dalam peralatan elektrik bukan perkara baru bagi mereka, namun kali ini antara yang paling banyak bangkai cicak.
“Itu bukan periuk nasi ‘cicak’ yang pertama. Dah banyak periuk nasi yang dihantar pelanggan sebelum ini kami temui bangkai cicak.
“Tapi biasanya kami jumpa seekor atau dua cicak saja. Tapi periuk nasi yang satu ini ‘luar biasa’ sebab ada lebih 10 cicak, siap ada lipas yang baru mati,” katanya kepada mStar Online.
Wanita itu turut menasihatkan orang di luar sana agar sentiasa memeriksa peralatan elektrik kerana cicak atau lipas boleh jadi punca rosak.
“Kalau dibiarkan penutup periuk terbuka lama, haiwan-haiwan kecil ini mudah masuk dan ia akan ‘bersembunyi’ di sebalik plat besi di dalamnya,” katanya.
Tambahnya lagi, anda boleh selenggara sendiri dengan menggunakan pemutar skru dan jangan biarkan perkakas elektrik rosak baru nak periksa.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Selamba Kedai Nasi Kukus Ayam Cincang Ni Bukak 24 Jam
- SUMBER
- mStar