Umum mengetahui, dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu Menifesto PH ada menyebut mengenai penghapusan GST dalam masa 100 hari jika mereka menang.

Semalam, tular di media sosial apabila ada pihak menyebarkan berita tidak sahih dengan mendakwa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dihapuskan berkuat kuasa 1 Jun ini.

BACA:Kerajaan Nafi GST Dihapus 1 Jun

Berikutan itu, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz yang juga selaku ahli Majlis Penasihat Kerajaan memberitahu, proses memansuhkan GST mungkin mengambil masa lebih lama daripada 100 hari yang dijanjikan.

Walau bagaimanapun, beliau berkata langkah dan tindakan berkenaan akan didedahkan dalam jangka masa 100 hari.

“Kami akan membuat pengumuman dalam masa 100 hari…orang ramai akan mengetahui apa yang akan dilakukan dan kaedah yang akan digunakan,” ujarnya kepada MalaysiaKini.

Tambahnya lagi, pemansuhan GST adalah muktamad. Namun, apa yang menjadi isu adalah bagaimana ianya akan dilakukan, termasuk menjadikan kadar GST sifar.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali berkata kita perlu mengikut undang-undang sedia ada, kita tidak akan menyimpang daripada mana-mana peraturan ini dan proses yang perlu dilalui untuk perubahan seumpama ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:
GST Bukan Punca Rakyat Malaysia Sakit Mental
PAS: Cukai GST Adalah Haram

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Nasi Arab Bayar Seikhlas Hati?