Daging Lembu Dikatanya Daging Babi
Kisah daging lembu didakwa daging babi dijual di sebuah kedai runcit di Taman Semenyih Impian, Kajang pada Jun lalu kini telah mendapat pengesahan daripada Jabatan Kimia mengenai status daging tersebut.
BACA: RM2 Juta Daging Kambing Campur Babi Dirampas
Jabatan Kimia mengesahkan bahawa daging didakwa sebagai daging babi itu adalah daging lembu. Justeru itu, wakil daripada jabatan itu juga telah memaklumkan kepada pengadu, Hisham Johar, iaitu penduduk kawasan Taman Semenyih Impian melalui panggilan telefon.
Sehubungan dengan itu, setiausaha Surau Ar-Rayyan, Ishak Saad berkata, dia dimaklumkan oleh Hisham mengenai keputusan tersebut selepas keputusan itu dikeluarkan.
“Kami dimaklumkan Hisham bahawa keputusan ujian makmal yang dibuat terhadap sampel daging itu oleh Jabatan Kimia sudah diper oleh. Mereka mengesahkan ia adalah daging lembu,” katanya.
“Sebaik menerima keputusan berkenaan, kami masih ragu dengan keputusan itu kerana alasan yang diberikan pekerja kedai runcit terbabit mendakwa ia daging anak lembu,” tambahnya lagi.
“Bagaimanapun, kami nekad mengambil tindakan boikot terhadap kedai runcit itu kerana tidak puas hati terhadap alasan diberikan,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.
Walaupun pihak penduduk tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, namun mereka tidak akan meminta pihak Jabatan Kimia melakukan ujian makmal sekali lagi dan memilih untuk memboikot kedai runcit yang dimiliki oleh warga Indonesia itu.
Seeloknya kita membeli daging di kedai yang diyakini bersih, suci dan halal bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku lagi pada masa akan datang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pekena Daging Lembu Cair Di Lidah? (Kyoto)
- SUMBER
- HARIAN METRO