Raja Bomoh Muncul Di Rumah Najib Bagi Sokongan?
Pasti ramai yang masih ingat lagi dengan Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin yang pernah menarik perhatian ramai dengan aksi beliau membawa kelapa dan buluh serta melakukan ritual khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mencari pesawat MH370.
Semalam, Raja Bomoh dilihat muncul di perkarangan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Namun beliau dilihat datang dengan tangan kosong tanpa membawa sebarang barangan untuk upacara ritual.
BACA: Adakah Ini Punca Rosmah Beli 284 Beg Hermes Birkin?
Beliau memberitahu kepada wartawan, kedatangannya adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada pemimpin itu.
“Beliau (Najib) banyak memberikan sumbangan. Jadi, saya mahu memberikan sokongan terhadapnya. Itu saja,” katanya.
Apabila ditanya adakah beliau akan berjumpa dengan Najib, Ibrahim menjawab ‘tidak’ sebelum kembali semula ke kenderaannya tanpa menjelaskan tujuan ‘lawatannya’ itu.
Tahun lalu, Raja Bomoh sekali lagi menjadi bualan ramai ketika pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam. Beliau melakukan beberapa upacara ritual menggunakan kelapa dan tongkat di pantai Bagan Lalang, Selangor kononnya untuk melindungi Malaysia dari Korea Utara.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Boleh Ke Resell G-Shock Sampai RM20,000?
- SUMBER
- Harian Metro