Roti canai merupakan pilihan rakyat Malaysia ketika sarapan pagi. Tidak hairan la jika kedai mamak atau kedai menjual roti canai sering dipenuhi orang ramai ketika waktu pagi.

Namun, ada juga yang gemar memakan roti canai ketika petang atau malam jika lapar tetapi tidak banyak kedai menjual roti canai dengan harga RM1 sekeping.

BACA: Nak Jimat Sambut Birthday Orang Tersayang? Ikut Cara Ini!

Sumber dari sinarharian.com.my

Roti canai di Taman Indah, Seremban menjadi perhatian penduduk setempat bukan sahaja disebabkan oleh harganya murah iaitu RM1 sekeping, tetapi juga disebabkan penebar roti canai di sana ialah seorang ‘artis’.

Datuk Abdul Amin Mohd Kasim, 62 tahun, atau lebih dikenali sebagai Amin Khan merupakan seorang pelakon, penerbit dan pengarah. Ini bukanlah perkara baru untuknya kerana dia pernah berniaga roti canai sebelum bergelar artis.

Sumber dari sinarharian.com.my

“Saya berniaga ini sekadar suka-suka bagi mengisi masa lapang, jika tiada tawaran berlakon atau terbabit dalam apa sahaja penerbitan atau arahan di bawah syarikat produksi saya,” ujarnya yang tumpang berniaga roti canai di gerai rakannya.

“Lagipun saya memang ada kemahiran buat roti canai yang saya belajar daripada arwah ayah yang juga berniaga roti canai suatu masa dulu,” tambahnya sambil memberitahu harga sekeping roti canai hanyalah RM1 manakala bagi lima keping roti canai segera hanyalah RM4.

Untuk pengetahuan anda, roti canai habis dijual kira-kira 120 keping pada hari biasa manakala jumlah roti canai dijual boleh mencecah 250 keping pada hujung minggu.

Menurutnya, dia tidak berasa malu malah gembira menceburi bidang perniagaan dan menebar roti canai kerana dia mencari rezeki yang halal.

“Seronoknya ramai pula yang datang nak bergambar dan ada yang terkejut saya jadi penebar roti canai. Saya tak sangka orang tetap kenal walau dah jarang keluar televisyen,” katanya.

Sebelum ini Amin Khan pernah membintangi telefilem ‘Amnesia Pelamin Erina’, ‘Aku Bukan Rasul’ dan ‘Mertua VS Menantu’. Namun, sekarang dia juga sedang sibuk menghabiskan penggambaran Travelog Kerajaan Tua Nusantara sebanyak 13 episod melalui syarikat produksi miliknya iaitu Minjan Productions Sdn Bhd.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Roti Telur Cheese Power Bak Hang