5 Iklan Raya Terbaik 2018
Setiap tahun pasti ada iklan raya yang menarik untuk kita tonton. Dengan mesej yang tersendiri, saban tahun makin banyak terbitan iklan raya yang masing-masing berlumba untuk jadi iklan yang menarik dan buatkan para penonton terhibur. Namun ada sesetengah iklan dengan tema sedih dan menyentuh jiwa. Kami senaraikan 5 iklan raya menarik tahun 2018
1. TNB Raya 2018 – Rumah Epik Fantastik
Bertemakan sebuah rumah kampung dengan kemeriahan sepuluh keluarga yang pulang beraya. Mengisahkan seorang remaja yang stres bila waktu Raya. Namun mesej yang disampaikan jelas. Walaupun huru-hara namun hubungan kekeluargaan mengatasi segalanya.
Iklan dari TNB ini telah ditonton hampir 4 juta kali di Youtube sejak mula dimuat naik 4 Jun lepas. Iklan ini mendapat perhatian netizen dengan rata-rata mengatakan iklan ini sangat ceria dan ada unsur jenaka serta sangat kena dengan realiti kehidupan apabila tiba hari raya.
2. Iklan Raya Malaysia Airlines 2018 | Ops Lip Lap Raya
Iklan dari Malaysia Airlines yang bertajuk Ops Lip Lap Raya ini telah ditonton lebih 3 juta kali di Youtube sejak dimuat naik pada 4 Jun lepas. Video berdurasi 4 minit 30 saat ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak membuat persiapan raya untuk ahli keluarga mereka yang akan pulang berhari raya di kampung.
Dalam memeriahkan hari raya tak perlu untuk kita lakukan secara besar-besaran, cukup sekadar ahli keluarga selesa dan dapat layanan yang baik. Itu adalah mesej yang disampaikan dalam iklan ini.
3. PETRONAS Hari Raya 2018 – Misi Riuh Raya!
Setiap tahun pasti ramai yang tertunggu-tunggun iklan raya dari Petronas. Pada tahun ini Petronas tampil dengan tema ‘Misi Riuh Raya, bila kita sekeluarga sepakat, Hari Raya pasti lebih meriah! . Mengisahkan sekumpulan adik-beradik membuat kejutan pada kedua ibu bapa mereka ketika pulang berhari raya di kampung.
Video berdurasi 3.42 saat ini telah ditonton 1.5 juta kali di Youtube. Rata-rata netizen menunggu iklan dari Petronas dan ia tidak menghampakan.
4. KFC Raya 2018: Dendam Adam
Iklan dari KFC ini tidak mengecewakan. Mengisahkan tentang dua orang adik beradik yang sering bergaduh. ‘Maaf, bukanlah sukar untuk diucap. Namun, tanpa keikhlasan ianya takkan lengkap’. Itu adalah tema yang hendak disampaikan dari KFC dalam iklan yang berdurasi 4.29 saat. Iklan ini telah mendapat tontonan hampir 1.3 juta kali di Youtube.
5. Iklan Raya Lazada 2018 – Buah Hati Raya
Lazada Malaysia telah tampil dengan iklan yang bertemakan hubungan kasih sayang suami isteri. Dalam video berdurasi 3.23 saat ini mengisahkan tentang Pak Lan yang sudi mengharungi pelbagai cabaran demi kasih sayang untuk isterinya, Mak Ngah.
Video ini telah ditonton 3.4 juta kali di Youtube. Iklan ini berjaya menyentuh hati netizen dan ramai dari mereka sangat menyukai watak Pak Lan dan isteri.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Uncle Tetsu Coconut Pandan?
Sumber: Youtube