Jika anda pernah menonton filem Saw, pasti anda tahu cerita tersebut memang sangat menakutkan walaupun ianya bukan filem seram. Baru-baru ini, LeavinRoom di Paris baru saja memperkenalkan Escape Room yang diinspirasikan daripada filem Saw.

Sekiranya anda tidak menonton filem tersebut, jangan risau kerana ianya tidak penting untuk mengetahui jalan cerita filem tersebut untuk berjaya keluar dari Escape Room itu.

BACA: Remaja Kahwin Muda Sebab Takut Tidur Seorang

Pembunuh bersiri Saw akan memberikan teka teki untuk diselesaikan oleh mangsa-mangsanya barulah mereka akan keluar dari bilik mengerikan itu.

Tanpa memberikan klu yang lengkap, boleh dikatakan agak sukar untuk mangsa melepaskan diri secara hidup-hidup atau masih lengkap dengan semua anggota badan.

Didalam Escape Room tersebut, pemain hanya diberikan masa yang sangat singkat untuk mencari jalan keluar. Lebih menyeramkan, tiada sebarang maklumat akan diberikan, hanya satu video pengenalan akan dimainkan yang pastinya membuatkan anda tidak akan melupakan pengalaman tersebut.

Jika dilihat pada foto dan suasana Escape Room tersebut, ianya seperti betul-betul seperti berada di dalam filem menakutkan itu. Agak-agak bila nak buat Escape Room macam ni dekat Malaysia. Ramai tak yang berani nak cuba?

ARTIKEL BERKAITAN:
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Ini Sebab Pasangan Ini Nikah Di Hospital

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Orang Bunuh Diri? | Korea Part 03