“Nilai Rampasan Di Rumah Bekas PM RM1.1 Bilion”
Setelah hampir sebulan berteka-teki, hari ini pihak polis mengesahkan nilai barangan yang di rampas di kediaman berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diantara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, sebanyak 12,000 pelbagai barang kemas ditemui di dalam 25 daripada 72 beg yang dirampas.
BACA: Najib Kecam Polis Makan Coklat Ketika Serbuan
Nilai barangan kemas RM880 juta
Antara barangan kemas yang dirampas ialah 2,200 unit cincin, 2,100 unit gelang, 2,800 unit subang, 1,600 unit keronsang, 14 unit tiara dan barangan paling berharga adalah seutas rantai emas dengan berlian putih berharga RM6.4 juta, menjadikan keseluruhannya dengan nilai pasaran kira-kira RM880 juta.
Beg tangan bernilai RM51.3 juta, jam tangan mewah RM78 juta
Selain itu, sebanyak 567 beg tangan sudah dikenal pasti membabitkan 37 jenama mewah seperti Hermes, Prada dan Chanel. Beg tangan Hermes saja bernilai kira-kira RM51.3 juta dan paling mahal berharga RM1.6 juta.
Manakala, sebanyak enam beg mengandungi 423 utas jam tangan mewah bernilai RM78 juta membabitkan lebih 100 jenama.
Pihak polis juga turut mengesahkan jumlah rampasan wang tunai pelbagai mata wang di enam premis yang diserbu berkaitan 1MDB berjumlah RM116.7 juta.
Bagaimanapun, wang tunai yang dirampas itu tidak dapat dipastikan sama ada ianya milik UMNO seperti yang didakwa. Sehingga kini, sumber atau penyumbang kepada barangan yang dirampas sedang dikenal pasti untuk diambil keterangan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?
- SUMBER
- BH Online