Apa Itu Michelin Star & Ada Tak Di Malaysia
Pernahkah anda terlihat mana-mana restoran yang telah anda kunjungi mempunyai plak pengiktirafan bintang dari Michelin?
Tahukah anda Michelin Star merupakan satu pengiktirafan yang sangat diidamkan oleh pengusaha restoran dan chef?
Sejarah wujudnya Michelin Star
Tentu anda pernah dengar tentang tayar jenama Michelin. Tayar jenama dari Perancis ini sudah lama dipasarkan di seluruh dunia.
Diasaskan oleh André Jules Michelin seorang pengusaha perindustrian Perancis bersama dengan saudaranya Édouard menubuhkan Syarikat Tirus Michelin ( Compagnie Générale des Établissements Michelin ) pada tahun 1888 di bandar Clermont-Ferrand.
Pada tahun 1900, André Michelin telah menerbitkan buku Panduan Michelin yang pertama, tujuannya untuk mempromosikan pelancongan dengan kereta di samping menyokong operasi pembuatan tayarnya.
Dengan peningkatan bilangan kereta di Perancis pada ketika itu, hampir 35,000 naskhah edisi pertama telah diedarkan secara percuma.
Dalam buku panduan Michelin itu ia memberikan maklumat berguna kepada pengguna jalan raya, seperti peta, pembaikan tayar, arahan gantian, senarai mekanik kereta, hotel, dan stesen petrol di seluruh Perancis.
Ketika perang dunia pertama, banyak perubahan yang berlaku dalam buku panduan tersebut. Selain tidak lagi diedar secara percuma, beberapa penambahbaikan telah dilakukan
Antaranya pada tahun 1936, kriteria untuk ranking berbintang telah diterbitkan
Macam mana Michelin Star bagi bintang?
Istilah “Bintang Michelin” merupakan ciri khas kualiti makanan dan restoran di seluruh dunia. Pemilik restoran lazimnya dengan bangga mempromosikan status Bintang Michelin mereka.
Chef selebriti Gordon Ramsay menangis apabila “Michelin Guide” melepaskan bintang dari restorannya di New York. Ramsay menjelaskan bahawa kehilangan bintang itu seperti “kehilangan teman wanita.”
Pada tahun 1926, Michelin mula menghantar pengulas restoran yang tidak diketahui identiti mereka untuk menilai sesebuah restoran.
Sehingga hari ini, Michelin bergantung sepenuhnya pada kakitangan sepenuh masa penilai restoran “tanpa nama” ini.
Seorang penilai ini biasanya sangat bersemangat tentang makanan, mempunyai mata yang baik untuk perincian, dan mempunyai ingatan yang hebat bagi mengingati dan membandingkan jenis makanan.
Mereka lazimnya menyamar sebagai pelanggan biasa agar identiti mereka tidak diketahui, dan dikatakan ahli keluarga juga tidak mengetahui pekerjaan sebenar mereka.
Setiap kali seorang penilai pergi ke sebuah restoran, mereka akan menulis memorandum menyeluruh mengenai pengalaman mereka.
Kemudian semua barisan penilai ini datang bersama untuk membincangkan dan memutuskan restoran mana yang akan dianugerahkan bintang.
Michelin tidak menggunakan sebarang ulasan pengguna dalam membuat penentuan restoran yang dinilai.
Para penilai ini akan menumpukan pada kualiti, penguasaan teknik, keperibadian dan konsistensi makanan, dalam membuat ulasan.
Mereka tidak menitikberatkan dekorasi dalaman, tetapan meja, atau kualiti perkhidmatan dalam memberi bintang, sebaliknya Michelin memberi tumpuan sepenuhnya kepada makanan.
: Satu Bintang: Tempat yang baik untuk berhenti dalam perjalanan anda, menunjukkan restoran yang sangat baik dalam kategorinya.
: Dua Bintang: Restoran bernilai lencongan, menunjukkan hidangan yang sangat baik dan hidangan yang berkualiti dan terampil dengan mahir serta teliti
: Tiga Bintang: Sebuah restoran bernilai perjalanan khas, menunjukkan masakan luar biasa di mana pengunjung merasai pengalaman yang sering kali hebat. Hidangan istimewa disempurnakan dengan menggunakan bahan-bahan superlatif.
Bagaimana keadaan restoran yang ada Michelin Star?
Dapat merasai pengalaman di retsoran yang diiktiraf tiga bintang oleh Michelin pasti menakjubkan. Kerana anda telah memasuki dunia kecemerlangan masakan.
Setiap butiran masakan, dekorasi dan layanan pasti akan diingati untuk satu tempoh yang lama atau mungkin kekal sampai bila-bila.
l’Ambroisie Paris. Sebuah institusi masakan yang sangat klasik, mendapat penafaran 3 bintang dari Michelin. Terbina di sebuah bangunan kuno yang indah, dibahagikan kepada beberapa bilik makan dan dihiasi oleh barang-barang antik yang dipilih dengan teliti.
Terlihat jelas ruang depan yang didedikasikan kepada orang luar yang membuat tempahan. Dengan keunikan dekorasi klasik era kolonial yang sangat Eropah.
Menampilkan sayur-sayuran sebagai “trademark” banyak menu berkisarkan sayur-sayuran yang dituai di ladangnya sendiri di luar Paris
Restoran yang ada Michelin Star di Malaysia
Jika anda melawat laman sesawang Michelin Guide, adalah sangat mudah untuk anda menjumpai panduan lengkap mengenai restoran, hotel, dan juga tempat membeli belah. buku panduan Michelin merupakan satu panduan yang cukup lengkap bagi anda yang kaki travel.
Di Malaysia terdapat beberpa restoran yang mendapat bintang dari Michelin antaranya ialah:
Nobu Kuala Lumpur
Diasaskan oleh pelakon memenangi Anugerah Akademi Robert De Niro, Nobu Restauran Group pertama kali dibuka di New York pada tahun 1994 yang diketuai oleh chef Eksekutif Nobuyuki Matsuhisa (dikenali sebagai Nobu).
Siapa sangka bahawa 20 tahun kemudian, Nobu menjadikan KL sebagai destinasi pertama mereka di Asia Tenggara, menubuhkan francais mereka di lokasi ketinggian tertinggi – Menara 3 Petronas. Chef kelahiran Ipoh, Philip Leong yang berasal dari Nobu London Berkeley Street mengetuai dapur Nobu KL.
Taka oleh Sushi Saito