Sekarang ni ramai yang tengah buat perancangan untuk beli kereta baru. Maklumlah, semua harga kenderaan kini tiada lagi Cukai Barang & Perkidmatan (GST).

Tapi sebelum nak beli kenderaan yang anda impikan, semak dulu sama ada anda berkemampuan atau tidak lebih-lebih lagi buat graduan yang ingin membeli kereta.

BACA: Pencipta Nama Kereta Proton Saga Meninggal Dunia

Menerusi Twitter, Kewangan Graduan kongsikan cara pengiraan mudah untuk anda menganggarkan jenis kenderaan yang anda mampu miliki berdasarkan gaji bulanan.

Harga kereta tak boleh lebih dari gaji tahunan

Menurut Kewangan Graduan, ini antara punca loan anda di reject apabila ingin beli kereta baru. Perlu tahu, harga kereta yang layak beli mestilah tidak melebihi gaji tahunan anda.

Ini hanya panduan & kiraan mudah

Kalau nak beli Honda Jaaz, gaji sebulan perlu melebihi RM5k

Pengiraan ini juga adalah untuk memastikan kestabilan kewangan anda setiap bulan. Tak perlu la anda kena makan ‘me segera’ setiap kali hujung bulan disebabkan bayaran bulanan kereta yang tinggi.

Apa pendapat anda tentang pengiraan ini? Ataupun ada diantara anda yang sanggup memiliki kereta mewah tanpa memikirkan kesan buruknya nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pencipta Piza Hawaiian Meninggal Dunia
Meninggal Dunia Kerana Nyanyi Lagu Nada Tinggi?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Buttermilk Lambat Datang, Masih Berlagak