Tun Mahathir Dedah Rahsia Jadi PM Tertua Di Dunia
Dilahirkan pada 10 Julai 1925, bermakna hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad mencecah usia 93 tahun. Siapa sangka Tun M masih mempunyai stamina yang kuat untuk menggalas tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali yang kedua. Apa yang pasti Tun M bukan saja dikagumi oleh rakyat Malaysia, malah pemimpin dunia lain.
Di usia 93 tahun, ramai yang ingin tahu apa yang membuatkan beliau kekal cergas. Menurut Tun M, pentingnya untuk mengamalkan hidup aktif walaupun selepas masuk usia persaraan.
BACA: Jangan Terlebih Makan, Rahsia Tun M Kekal Sihat
“Memang, saya lebih suka berehat, tapi saya ingin menasihat orang ramai agar tidak berehat bila mereka lanjut usia,” katanya kepada Sinar Harian.
Ujar Perdana Menteri ketujuh ini lagi, jika berehat sepanjang masa otot-otot akan merosot jika tidak digunakan dan membuatkan badan tidak berdaya. Ujar Perdana. Tambah beliau lagi, jika tidak berfikir, fungsi otak akan jadi merosot dan boleh jadi nyanyuk.
“Jika anda berbaring sepanjang masa, otot (akhirnya) tidak berdaya mengangkat berat badan anda, anda tidak boleh berdiri, tidak boleh berjalan. Jadi, tidak elok bila anda tua, anda berbaring dan tidak melakukan apa-apa2,” katanya, dan menerangkan demikian juga dengan otak seseorang.
“Jika anda tidak gunakan otak anda, anda tidak berfikir, anda tidak selesaikan masalah, anda tidak membaca, anda tidak menulis, otak merosot dan anda jadi nyanyuk… jadi perlu sentiasa aktif,” kata Tun M lagi.
Apa yang pasti, rakyat Malaysia sentiasa Tun Dr Mahathir diberikan kesihatan yang baik agar dapat memimpin Malaysia ke arah negara maju, bersatu dan makmur.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar
- SUMBER
- Sinar Harian