Aceh Haramkan Lelaki & Perempuan Duduk Makan Semeja
Sebuah daerah di wilayah Aceh, Indonesia mengharamkan lelaki dan wanita duduk makan semeja bersama melainkan jika sudah berkahwin atau ada hubungan keluarga.
Memetik laporan Channel News Asia, tujuan undang-undang tersebut dilaksakan di daerah Biruen itu adalah untuk membantu wanita untuk ‘lebih berkelakuan baik’
BACA: Hormati Acheh, AirAsia Guna Pramugara Sahaja
Di bawah peraturan baharu itu, wanita di daerah Bireuen tidak boleh berkongsi meja dengan lelaki di restoran dan di kedai kopi kecuali mereka ditemani oleh suami atau saudara lelaki dekat. Antara rakan sekerja juga turut diharamkan untuk makan bersama.
“Objektif undang-undang tersebut adalah untuk melindungi maruah wanita supaya mereka rasa lebih selesa, berkelakuan baik dan tidak akan melakukan perkara yang melanggar syariah,” ujar ketua agensi syariah tempatan, Jufliwan.
Terdahulu, satu undang-undang dikeluarkan pada 5 Ogos lalu, di mana wanita tidak boleh bersendirian atau tidak bersama bersama keluarga tidak boleh makan di restoran atau kafe selepas jam 9 malam.
Tiga tahun lalu, Banda Aceh mengharamkan wanita yang tidak ditemani mahram untuk pergi ke tempat hiburan seperti kafe dan dewan sukan selepas jam 11 malam.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱
- SUMBER
- ChannelNewsAsia