Ada Cacing Mati, Jenama Sardin Terkenal Ditarik Balik
Kementerian Kesihatan mengarahkan syarikat pengimport sardin dalam tin iaitu jenama TL Tan Lung dan TLC menarik balik produk berkenaan dari pasaran negara ini.
Memetik laporan NST, analisis yang dilakukan ke atas produk dari China terbabit mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.
BACA: Ini Sebab Ribena Ditarik Dari Pasaran
Tambah KKM lagi, hasil analisis mendapati Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. tidak mematuhi Akta Makanan 1983.
“Syarikat pengimport terlibat telah diarah memanggil balik produk tersebut. Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran,” ujar KKM dalam satu kenyataan media hari ini.
Sebelum ini tular di laman media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China.
Laporan menyatakan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin menarik balik produknya dari pasaran setelah pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk diimport dari negara China itu.
Lepas ni kalau beli sardin dalam tin perlu lebih berhati-hati. Pastikan cek dahulu keadaan makanan tersebut sebelum dimasak. Mencengah lebih baik dari mengubati.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sedapnya Ayam Telur Masin! Senang Je Nak Masak
- SUMBER
- Nst