Afiq Kongsi Tips Berkesan Turun Berat Badan
Siapa yang tak nak bentuk badan yang langsing dan menarik? Mesti semua nak. Macam-macam cara dah buat untuk turunkan berat badan, tapi beri kesan langsung. Sampai tak makan pun ada sehingga memudaratkan kesihatan.
Menerusi satu perkongsian di Twitter oleh Afiq Azuwan, bagi dirinya ‘orang gemuk’ ini ada satu semangat yang orang lain tidak ada iaitu semangat untuk berubah. Disebabkan keadaan fizikalnya yang berbadan besar, dia pernah dihina, dicaci dan dimaki.
BACA: Turun 25Kg Dalam 4 Bulan, Gadis Manis Ini Kongsi Tips Kurus
Katanya lagi, macam-macam perkara sudah dilalui kerana badannya yang besar. Setiap kali temuduga pasti tidak akan diterima untuk bekerja, cintanya sering ditolak dan tiada siapa yang mahu berkawan dengannya.
Menurut Afiq, macam-macam cara dia sudah lakukan untuk kurus. Jaga makan, pergi gym, makan ubat tetapi satu kesan pun tak nampak. Namun selepas berusaha gigih, akhirnya dia berjaya juga turunkan berat badan atas dorongan hati yang kuat dan sokongan dari keluarga serta kawan-kawan.
Pada semua orang gemuk teruskan usaha, buktikan kita boleh!
Bagi Afiq dia mahu mereka yang senasib dengannya terus cekalkan hati untuk usaha sehingga mencapai apa yang mereka impikan. Afiq juga memberi pesanan buat mereka yang selalu menghina agar cermin diri sendiri dahulu sebelum menghina orang gemuk sepertinya.
Tips 1 untuk kurus, tak perlu tinggalkan nasi
Tips 2, gantikan NASI dengan OAT, tinggalkan MINUMAN MANIS
Tips 3, lepas 7 malam jangan ambil makanan berat
Tips 4, hujung minggu bersenam, jangan risau tentang TARGET
Memang betul kata Afiq, jangan terlalu fokus pada target berapa lama masa diambil untuk kurus, tetapi fokus pada usaha kita dahulu. Apa yang penting, anda kena bersemangat dan berdisiplin untuk mendapatkan hasil yang anda impikan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan
Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 32Kg
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas
- SUMBER